"Buat "selfie" pun salah?," tanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap
anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya susulan program di Langkawi, Kedah.

Malah, Najib sempat berpesan agar mereka bertenang kerana beliau sekadar 'jalan-jalan'.

"Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya? Rilekslah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja," katanya melalui status di lama Facebook.

BACA: "Janji minum pagi sahaja..." - Polis terima laporan program Najib di Langkawi

BACA: 'Jika dahulu Najib buat semua tu, mungkin dia masih lagi PM' - Tun Mahathir

Pada masa sama, beliau turut bertanya apa lagi larangan hendak dibuat ke atasnya selepas ini.

"Tahun lepas nak sekat saya main FB, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.
Apa lagi selepas ini?," ujarnya.