awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawa pulang rakyat Malaysia, pesawat khas berlepas ke Wuhan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/02/2020
10:05 MYT
Bawa pulang rakyat Malaysia, pesawat khas berlepas ke Wuhan
Pesawat khas yang disewa bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) jam 3.50 petang tadi. - Foto NADMA
Pesawat khas yang disewa bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 3.50 petang tadi.
Penerbangan AirAsia (AK8264) itu membawa 12 krew dan lapan petugas berlepas ke Wuhan, China bagi membawa pulang 141 rakyat Malaysia dan termasuk pasangan dan anak mereka.
Dalam satu kenyataan kepada media, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata semua 141 penumpang tersebut akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.
"Tempoh masa yang diambil untuk tapisan kesihatan, proses imigrasi dan kebenaran berlepas tidak dapat dipastikan buat masa ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
"Sebaik sahaja tiba di Malaysia, semua 167 penumpang (141 yang dibawa pulang, 12 krew, lapan petugas misi dan enam pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing) sekali lagi akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU), KLIA.
"Bagi mereka yang dikesan mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital manakala yang melepasi saringam akan dibawa terus menaiki bas ke Pusat Pemantauan yang telah ditetapkan untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari," memetik kenyataan itu.
Pesawat itu turut membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada Kerajaan China dalam operasi membanteras penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) di negara itu.
NADMA pada masa sama akan berhubung dengan semua waris penumpang untuk memaklumkan urusan penerbangan pulang dan memberi penerangan berkaitan proses kuarantin yang perlu dilalui sepanjang 14 hari.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#AK8264
#Beijing
#China
#KLIA
#KLIA2
#Kuala Lumpur
#NADMA
#penerbangan
#pesawat khas
#rakyat Malaysia
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan