Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof.
Mengulas isu 'Borang Rayuan Haji' yang antara lain meminta individu membuat perakuan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos itu tanpa Bantuan Haji TH, Mujahid berkata perkara itu telah dipolitikkan oleh pembangkang.
"Merit rayuan tertakluk kepada beberapa kriteria yang menjadi keutamaan pertimbangan Tabung Haji, sama ada seseorang itu memutuskan untuk membayar secara penuh atau tidak, bukanlah menjadi kriteria.
"Mereka yang diberi keutamaan adalah yang merayu sebagai 'mahram', atau warga tua berumur 70 tahun ke atas dan pembantu mereka, serta mereka yang telah dipilih untuk menunaikan haji pada tahun sebelumnya tetapi terpaksa menangguhkannya," kata beliau pada sidang media pada Selasa.
Mujahid berkata orang kurang upaya dan mualaf turut menjadi keutamaan untuk dipilih.
Jemaah haji muassasah TH kekal membayar RM9,980 bagi musim haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kebanyakan orang tidak tahu bahawa kos sebenar menunaikan haji ialah RM22,900, baki RM12,920 ditanggung TH, dan ada yang mampu membayar kos penuh tersebut tanpa sebarang masalah.
"Kita hanya memberi pilihan kepada orang ramai sama ada ingin membayar penuh atau hanya RM9,980 (dengan bantuan haji). Itu pilihan mereka kerana ada yang mampu membayar RM22,900 tetapi memilih untuk membayar RM9,980 yang pada saya tidak wajar.
Mengakui pembangkang mengambil kesempatan untuk mengelirukan orang ramai, Mujahid berkata bakal jemaah seharusnya menyedari kos untuk menunaikan haji semakin meningkat dan tidak akan turun.
Ini adalah pilihan yang diberikan kepada bakal jemaah terutamanya mereka yang mampu untuk membayar penuh, tegas beliau.
Baru-baru ini, terdapat pihak yang mempersoalkan rasional perakuan untuk ditandakan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos RM22,900 tanpa Bantuan Haji TH, sehingga mewujudkan persepsi bahawa TH hanya akan mempertimbangkan mereka yang membayar penuh, mengakibatkan orang ramai keliru.
Terdahulu, Mujahid melancarkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji hasil kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan TH dan Visa yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020
Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH). Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Bayar penuh kos tunai haji bukan jaminan rayuan diterima - Mujahid
Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah pada musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH).