awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 2 bulan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia KL-Perth

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2019
05:23 MYT
Bayi 2 bulan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia KL-Perth
Menurut AirAsia, pesawat itu disambut oleh pasukan pakar perubatan kecemasan dan pihak berkuasa termasuk Polis Australia Barat, sejurus selepas mendarat di Perth. - Gambar fail
AirAsia hari ini mengesahkan seorang bayi berusia dua bulan telah meninggal dunia dalam pesawatnya semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pagi tadi.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan tambang rendah itu memaklumkan, bayi berkenaan mengalami ‘kecemasan perubatan’ ketika berada dalam penerbangan D7236.
Menurut AirAsia, pesawat itu disambut oleh pasukan pakar perubatan kecemasan dan pihak berkuasa termasuk Polis Australia Barat, sejurus selepas mendarat di Perth.
"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami," kata kenyataan tersebut.
Susulan insiden berkenaan, penerbangan itu yang dijadualkan berlepas pagi Isnin pada jam 6.50 pagi, telah ditunda ke jam 11 pagi waktu tempatan.
"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan nombor satu kami, dan mengikut prosedur, kru penerbangan telah meminta bantuan perubatan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
"AirAsia akan membantu dan menempah semula penumpang yang mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur petang ini.
"AirAsia memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh kelewatan Penerbangan D7237," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Australia
#bayi meninggal dunia dalam pesawat
#ecemasan perubatan
#Kuala Lumpur ke Perth
#Lapangan Terbang Antarabangsa Perth
#penerbangan D7236
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan