awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 9 bulan maut tercampak keluar dari MPV dalam kemalangan di Senai

Bernama
Bernama
05/05/2015
13:01 MYT
Bayi 9 bulan maut tercampak keluar dari MPV dalam kemalangan di Senai
Bayi itu yang berada di pangkuan ibunya di kerusi penumpang di tempat duduk hadapan tercampak keluar ketika kejadian.
Seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 22, Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran persimpangan keluar Senai, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Razak Md Said berkata pada kejadian pada pukul enam pagi itu, bayi itu yang berada di pangkuan ibunya yang duduk di sebelah bapanya di tempat duduk hadapan, tercampak keluar ketika kejadian.
Beliau berkata bapa bayi itu, yang memandu Proton Exora, gagal mengawal kenderaan yang dipandunya di lorong kanan, lalu masuk ke lorong kiri dan melanggar belakang sebuah lori treler.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu kemudiannya terbabas ke tepi jalan sebelah kiri, melanggar rel penghadang jalan lalu terbalik beberapa kali, kata beliau.
Motosikal yang berada di belakang Proton Exora itu, cuba mengelak kedua-dua kenderaan di hadapannya dan terbabas ke rel penghadang jalan.
Bagaimanapun, ibu bapa bayi, pemandu treler dan penunggang motosikal hanya kecederaan ringan, kata Razak.
Identiti kesemua mangsa kemalangan bagaimanapun tidak didedahkan.
"Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#bayi
#kemalangan
#lebuh raya
#MPV
#PLUS
#Proton Exora
#Senai
#tercampak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan