awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi berusia 46 hari meninggal dunia disyaki didera

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/02/2018
12:43 MYT
Bayi berusia 46 hari meninggal dunia disyaki didera
Menurut bapa mangsa anaknya enggan meminum susu dan keadaanya semakin lemah.
Seorang bayi perempuan berusia 46 hari dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah keluarganya di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya pagi tadi.
Pemeriksaan awal pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan ditubuh badan bayi malang berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata, menurut bapa mangsa anaknya enggan meminum susu dan keadaanya semakin lemah. Polis pergi ke rumah keluarga bayi malang itu di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam Pulau Pinang malam ini.
Polis pergi ke rumah keluarga bayi malang itu di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam Pulau Pinang malam ini.
Susulan itu bapanya membawa mangsa ke klinik pakar kanak-kanak di Sungai Rambai dan doktor memaklumkan denyutan jantung anaknya semakin lemah serta diarahkan merujuk ke hospital.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital bayi berkenaan tidak bergerak dan ibu bapanya berpatah balik ke klinik berkenaan dan doktor mengesahkan bayi mereka telah meninggal dunia," katanya.
Polis kini menahan bapa bayi berkenaan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
Bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#bayi
#dera
#Hospital Seberang Jaya
#Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
#meninggal dunia
#Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid
#Sungai Rambai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan