awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi didera pengasuh, saksi diminta tampil bantu siasatan

Fareez Azman
Fareez Azman
23/11/2018
20:56 MYT
Bayi didera pengasuh, saksi diminta tampil bantu siasatan
Fadzil berkata kedua-dua pasangan suami isteri itu membawa anak masing-masing ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut pada hari yang sama. -Gambar fail
Polis sedang giat mengesan seorang wanita berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes dera dua bayi lelaki di Kajang 22 November lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, ia selepas dua laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada malam kejadian.
Saksi berkenaan dikenali sebagai Nuriza Mohd Rashid, 31, beralamat di Pangsapuri Cempaka, Bandar Baru Bangi.
"Kita masih lagi mengesan penama tersebut. Saya berikan nasihat agar penama segera berjumpa pegawai penyiasat bagi membantu siasatan," kata Fadzil.
Jelasnya, polis akan menyiasat semua aspek termasuk rakaman kamera litar tertutup CCTV di taska berkenaan.
Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, dua bayi lelaki masing masing berusia 5 dan 7 bulan mengalami kecederaan dipercayai akibat didera.
Ia selepas ibu bapa mangsa bayi pertama menyedari anak mereka mengalami muntah setelah diambil dari taska berkenaan.
Hasil pemeriksaan di Hospital Putrajaya mendapati terdapat kesan lebam serta cakar di bahagian badan dan leher mangsa.
Manakala seorang lagi mangsa didapati mengalami kesan lebam di leher.
Dua laporan polis telah dibuat kedua-dua ibu bapa mangsa pada malam kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#Bandar Baru Bangi
#bayi
#dera
#Fadzil Ahmat
#jenayah
#Kajang
#kamera litar tertutup
#lebam
#muntah
#pengasuh
#siasatan
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan