Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, di sini awal pagi tadi dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, bayi terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.45 pagi tadi selepas empat jam menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Bayi tersebut sebelum itu dirujuk ke hospital oleh pihak penjaga dan bagi tersebut keadaan lemah semasa sampai di Hospital sekitar jam 2 pagi.

“Doktor syak berkemungkinan berlakunya kes penderaan dan rawatan awal telah diberikan terhadap bayi tersebut, tetapi telah disahkan meninggal pada sekitar 6 pagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Tambah beliau, bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.