Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang berusaha untuk menghubungi semula seorang wanita yang diselamatkan dalam tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada Disember 1993.

Memetik laporan media tempatan, Nur Hamidah, yang kini berusia 23, adalah seorang jururawat di Persatuan Nasional Indonesia dan menetap di Jakarta.

Semuanya bermula selepas wanita berkenaan memuat naik sekeping gambar di laman Facebook yang menunjukkan dirinya yang ketika itu masih bayi.

Dalam gambar itu, dia yang dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan dilihat terlantar atas pengusung selepas dia diselamatkan dari runtuhan tersebut oleh seorang ahli bomba.

Jabatan bomba telah mengenal pasti anggota itu sebagai Norizan Saad.

Gambar berkenaan kemudian dikongsi semula oleh jabatan itu di laman Facebook mereka, dengan menyatakan seorang pegawai kanan jabatan bernama Taufiq, telah menghubungi bapa Nur Hamidah.

“Semoga dapat diketemukan nanti penyelamat dan insan yang diselamatkan,” tulis jabatan itu di laman Facebooknya.

Difahamkan, kini Norizan bekerja di bahagian komunikasi korporat.

Kenyataan berkenaan Nur Hamidah itu kini mula viral di media sosial, dengan rata-rata netizen berkongsi kenyataan itu dengan harapan mereka berdua dapat ditemukan secepat mungkin.

Alhamdulillah..... Nur Hamidah seperti didalam gambar yg Tn Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu...

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on

Pada 11 Disember 1993, salah satu blok di Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, runtuh dan tragedi tersebut merekodkan jumlah korban seramai 48 orang.