Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut, dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Seksyen 32 di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, bayi itu ditemui pengasuh taska dalam baldi kecil berisi air dengan keadaan kepala telangkup ke bawah dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.
"Sebelum itu pemilik taska berusia 30 tahun dan tiga pengasuh (taska) menjalankan aktiviti memancing di sebuah bilik aktiviti di taska tersebut.
"Seorang daripada pengasuh kemudian menyedari kejadian itu apabila memasuki tandas dan melihat bayi di dalam baldi kecil berisi air dengan kepalanya ke bawah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, susulan kejadian itu pemilik taska bertindak membawa mangsa ke Klinik Desa di Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan.
Baharudin berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 4 petang.
"Pemilik taska turut menghubungi ibu mangsa berusia 37 tahun bagi memaklumkan keadaan anaknya.
"Bedah siasat yang dijalankan pada 9 pagi semalam mendapati tiada kesan penderaan fizikal terhadap mangsa," katanya.
Baharudin berkata, bayi itu baru 10 hari dihantar ke taska terbabit dengan bayaran RM300 dan dilaporkan dalam keadaan sihat.
Tambahnya, ketika kejadian hanya ada 10 anak asuhan yang sedang dijaga di premis berkenaan.
"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti punca kejadian dan sama ada wujudnya kecuaian.
"Pemilik taska juga telah ditahan kira-kira 10 malam tadi (semalam) untuk siasatan lanjut, " katanya. - BERNAMA
BACA: Budak dua tahun mati dalam kereta yang tertutup rapat
Bernama
Fri Jul 26 2019
Bayi lelaki sembilan bulan itu lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Seksyen 32, Shah Alam pada Rabu lepas. - Gambar hiasan
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Bayi 12 bulan maut kepanasan ditinggalkan dalam kereta
Bayi berusia 12 bulan didapati maut selepas ditinggalkan ibunya di dalam kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah.