Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Padang Serai, Kulim Jumaat lepas, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
Hayfa Afrina Mohd Nasri meninggal dunia pada 3.40 petang selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.
Bapanya Mohd Nasri Mohd Yusof, 26 berkata sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri, pengasuh memberitahu anaknya itu terjatuh ketika bermain.
"Pengasuh kata anak terjatuh pada petang Khamis ketika bermain dan ada kesan lebam di dahi kanan, tetapi saya tak tahu kena apa dan bila luka itu terjadi, " katannya ketika ditemui pemberita di bilik mayat hospital itu hari ini.
Menurut anggota Bomba dan Penyelamat Kulim itu, dia tidak membawa anaknya untuk pemeriksaan doktor memandangkan Hayfa Afrina tidak menunjukkan sebarang keganjilan dan kembali menghantarnya ke rumah pengasuh pada pagi Jumaat.
Bagaimanapun katanya pada sebelah petang dia dimaklumkan oleh pengasuh yang berusia 20-an itu menerusi aplikasi WhatsApp yang Hayfa Afrina tidak sedarkan diri.
"Saya bergegas ke rumah pengasuh yang juga jiran kami sebelum melihat anak tunggal saya sudah tidak sedarkan diri dan membawanya ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun anak saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada hari sama sebelum meninggal dunia pukul 3.40 petang semalam," katanya.
Dia berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Naya di Arau, Perlis petang ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita masih menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan telah meminta pengasuh tersebut untuk hadir ke balai bagi memberi kenyataan. Ini bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur kecuaian di atas kematian mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017
Nor Nabila Abdul Razak, 23, menunjukan gambar Allahyarham anak saudaranya Nur Hayfa Afrina Mohd Nasri yang meninggal dunia setelah dipercayai terjatuh ketika bermain di rumah pengasuhnya di Padang Serai Kulim pada Jumaat lalu. - Foto BERNAMA
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.