awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan
CIMB Islamic komited RM20 juta untuk alam sekitar
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi mungkin masih hidup ketika dicampak dalam perigi - Polis

Raffi Bachik
Raffi Bachik
26/07/2017
07:27 MYT
Bayi mungkin masih hidup ketika dicampak dalam perigi - Polis
Polis tidak menolak kemungkinan bayi yang dijumpai di dalam perigi sedalam 20 kaki di Kampung On Lok, Batang Melaka malam Ahad lalu masih hidup ketika dicampak. -Gambar fail
Polis tidak menolak kemungkinan bayi yang dijumpai di dalam perigi sedalam 20 kaki di Kampung On Lok, Batang Melaka malam Ahad lalu masih hidup ketika dicampak.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap bedah siasat mayat bayi lelaki tersebut daripada pihak hospital.
Beliau berkata, proses bedah siasat mayat bayi malang tersebut selesai pada Isnin malam, namun pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Patologi Hospital Melaka bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Ujar Arshad, setakat ini tiada sebarang tangkapan baharu dibuat dan seramai 15 saksi termasuk jiran berhampiran rumah mangsa telah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Kemungkinan itu ada. Apabila beroleh laporan lengkap daripada Jabatan Patologi, kita akan tahu sama ada mangsa dicampak ke dalam perigi hidup-hidup atau tidak, semuanya bergantung kepada hasil bedah siasat,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, pagi Rabu.
Pada 23 Julai lalu, seorang bayi lelaki berusia enam hari disyaki dibunuh ahli keluarga sendiri selepas ditemukan mati di dalam perigi di belakang kediaman mereka.
Mayat bayi yang masih berbalut kain lampin putih dan sempurna fizikal itu dijumpai orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.
Susulan itu, polis menahan enam sekeluarga termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan yang tinggal di kediaman sama, bagi mengenal pasti suspek utama dan motif pembunuhan.
Bapa bayi berkenaan dikatakan hadir membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya sehari sebelum penemuan mayat bayi tersebut.
Kesemua suspek berusia 16 hingga 30 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Arshad meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan kes sudah selesai kira-kira 60 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek tamat.
Topic Berkaitan
#Arshad Abu
#bayi
#buang bayi
#Deputi Superintendan Arshad Abu
#Kampung On Lok
#perigi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan