SEORANG pengarah urusan berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang ingin dibuang oleh ibunya di Taman Tasek Ampang Hilir, Ampang pada November tahun lalu.
Menurut Muhamad Haswadi Ali, dia didatangi seorang wanita dipercayai warga Indonesia selepas selesai bersenam di tasik berkenaan.
"Sebaik sahaja selesai berjogging di tasik ini, saya menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenali menghampiri saya dan memperkenal dirinya sebagai Riya.
"Dia meminta tolong saya untuk menjaga bayi ini dan mengancam untuk membuang bayi ini jika saya tidak ambil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Jelas lelaki berusia 39 tahun itu, wanita terbabit kemudian bertindak menyerahkan bayi berkenaan bersama sebuah beg berwarna biru yang mengandungi butiran peribadi, susu dan barangan bayi.
Simpati dengan nasib wanita dan bayi itu, dia kemudian membuat keputusan untuk mengambil bayi berkenaan dan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya bagi memaklumkan kejadian tersebut.
"Sejak dari itu saya menjaga bayi ini dan mula menganggap bayi ini sebagai anak saya sendiri," katanya.
Justeru itu, dia turut berhasrat untuk mengambil bayi lelaki yang berusia satu bulan itu sebagai anak angkat.
Dia juga telah mendapat kelulusan hak penjagaan sementara selama sebulan daripada Jabatan kebajikan Malaysia (JKM) dan Mahkamah sebelum memperoleh hak jagaan sepenuhnya.
Sinar Harian
Thu Jan 16 2020
Menurut Muhamad Haswadi Ali, dia didatangi seorang wanita dipercayai warga Indonesia selepas selesai bersenam di tasik berkenaan. -Foto Sinar Harian
Mahalini, Rizki Febian selamat diijabkabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Lima anggota penguat kuasa ditahan SPRM Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.