awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh

Bernama
Bernama
03/11/2016
15:43 MYT
Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh
Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lepas (31 Oktober), di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera oleh pengasuh dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor yang merawat bayi itu kira-kira 4.30 petang 27 Oktober lepas, memaklumkan menerima pesakit mengalami sawan dan tidak sedarkan diri serta berada dalam keadaan kritikal.
"Hasil pemeriksaan, mangsa disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan seperti pendarahan dalam otak, keretakan pada tempurung kepala dan kesan darah mengalir ke bahagian mata," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lepas (31 Oktober), di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa sejak Ogos lepas, sehari selepas kejadian.
Beliau berkata mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik (kembar), manakala ibu bapa mangsa bekerja di sebuah kilang berhampiran.
"Suspek mengaku ada menghayunkan buaian pada 7.30 pagi dan kepala bayi terkena lantai. Pada masa itu mangsa masih sedar tapi dalam keadaan tidak bermaya.
"Suspek kemudian menghantar bayi itu ke rumah neneknya kerana tidak tahu nak buat apa, tanpa memberitahu apa-apa," katanya, bahawa nenek suspek kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Selambau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi didera
#bayi maut
#kes jenayah
#pengasuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan