awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi tiga bulan maut, disyaki didera

Bernama
Bernama
11/09/2019
21:31 MYT
Bayi tiga bulan maut, disyaki didera
Nenek bayi yang disyaki didera ibunya memeluk jenazah cucu perempuannya itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman malam tadi. --fotoBERNAMA
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut disyaki didera ibunya di Bandar Cheneh Baru di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh oleh bapanya dalam keadaan lemah.
Pihak klinik katanya telah memberi bantuan kecemasan untuk menyelamatkan bayi tersebut namun gagal dan mendapati terdapat unsur penderaan pada bayi malang itu.
"Menurut lelaki tersebut, semasa dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan pada isterinya pada pukul 10 pagi, dia melihat isterinya berbaring di sebelah bayi berkenaan.
"Kemudian dia bertanya kepada isterinya mahu makan ke tidak tetapi isterinya mengatakan telah menghantar anaknya ke syurga.
"Mendengar penjelasan itu, dia serta-merta terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Cheneh," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Hanyan berkata kes tersebut kini dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Cheneh Baru
#bayi
#dera
#didera ibu
#hantar anak ke syurga
#Hanyan Ramlan
#Kemaman
#maut
#polis
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan