awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/03/2017
07:49 MYT
Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis
Abdul Rani Kulup berkata, laporan itu dibuat kerana penayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini. - Gambar fail
Kontroversi yang menyelubungi filem tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia nampaknya belum berakhir.
Dalam perkembangan terbaharu, Bernama melaporkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis sebagai tanda membantah tayangan filem itu yang dijadualkan bermula 30 Mac ini.
Laporan itu dibuat oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), yang diwakili Abdul Rani Kulup Abdullah; Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay.
Abdul Rani Kulup berkata, laporan itu dibuat kerana penayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini.
"Kami berharap kerajaan akan menghalang filem ini daripada ditayangkan.
"Tayangan filem ini tidak membawa kebaikan kepada generasi muda. Ia membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pada Rabu.
Tayangan Beauty and the Beast sebelum ini ditangguhkan kerana satu 'babak gay' yang dipaparkan dalam filem itu.
Lembapa Penapisan Filem (LPF) mengarahkan agar babak itu dipotong, namun Disney enggan berbuat demikian.
Beauty and the Beast akan ditayangkan dengan rating P13, di mana kanak-kanak bawah 13 tahun perlu ditemani orang dewasa.
Topic Berkaitan
#Beauty and the Beast
#filem
#gay
#nilai tempatan
#rani kulup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan