Beberapa kawasan di Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan penurunan paras Kolam Air Kota Damansara dan Kolam Effingham, susulan permintaan bekalan air tinggi di kawasan itu.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata ia melibatkan 30,574 akaun pengguna dengan jangkaan pemulihan sepenuhnya bekalan air pada 6 pagi esok (Khamis, 19 Mac).
Antara kawasan terjejas ialah Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3, Damansara Damai PJU 10, Kampung Baru Sg Buloh, Kampung Desa Aman, Kampung Paya Jaras, Merbau Sempak, Penjara Sungai Buloh, Saujana Damansara, Seksyen 20, 21 dan 22 serta SB Jaya.
Turut terjejas ialah SS1, SS2, SS3, SS4,SS9a dan TSB Komersil.
Abdul Halem berkata Air Selangor sedang mengambil segala langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan paras kolam-kolam tersebut dan telah menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas.
Air Selangor memohon kerjasama daripada semua pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya menggunakan air secara berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 18 2020
Air Selangor memohon kerjasama daripada semua pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya menggunakan air secara berhemat. - Gambar hiasan
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.