Bedah siasat dedah punca kematian guru dalam keadaan bertelekung dan tertiarap

Bedah siasat dedah punca kematian guru dalam keadaan bertelekung dan tertiarap
Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan bahagian tubuh berada di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang. - Gambar fail
KUBANG PASU:
Tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian seorang guru yang ditemui telah meninggal dunia di atas katil di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, di sini petang semalam.
 
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), keputusan mendapati punca kematian disebabkan Coronary Atherosclerosis (kegagalan arteri jantung).

Selain itu, jelas Zainuddin tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

BACA: Guru masih bertelekung ditemui mati tertiarap

Dalam kejadian semalam, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap  di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang.

Kejadian disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah dan mendapati mangsa dalam keadaan kaku.

Kematian mangsa pada mulanya dipercayai akibat disamun dan dibunuh ekoran terdapat kesan darah pada mulut mangsa selain keadaan bilik mangsa yang berselerak.


Tag: Ketua Polis Kedah, Zainuddin Yaacob, Hospital Sultanah Bahiyah, HSB, jenayah, guru maut, dibunuh, Fauziah Yop, samun, masalah jantung



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.