awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok - Air Selangor

Bernama
Bernama
16/07/2020
11:34 MYT
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok - Air Selangor
GAMBAR FAIL: Seorang pengguna menadah air ke dalam baldi sebagai persediaan gangguan bekalan air. - BERNAMA
Gangguan bekalan air berjadual di 290 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak Selasa lalu dijangka pulih sepenuhnya menjelang jam 5 petang esok, menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman.
Setakat jam 1 tengah hari ini, bekalan air di kawasan-kawasan di Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya manakala 65 peratus kawasan yang terbabit di Klang dan Shah Alam mendapat bekalan air dan 89 peratus di kawasan Petaling.
Secara keseluruhan, bekalan air di 78 peratus kawasan terjejas atau 227 kawasan telah pulih, katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Suhaimi juga berkata syarikat itu merancang untuk melabur RM35 bilion untuk meningkatkan infrastruktur bekalan air di Selangor untuk tempoh 30 tahun akan datang.
Minggu lalu, Air Selangor mengumumkan sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini.
Ini berikutan kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#Gombak
#Klang
#Kuala Langat
#Kuala Lumpur
#Pengurusan Air Selangor
#Petaling
#shah alam
#Suhaimi Kamaralzaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan