awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan makanan disalurkan kepada semua rakyat tanpa pilih parti - Madius Tangau

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2020
12:27 MYT
Bekalan makanan disalurkan kepada semua rakyat tanpa pilih parti - Madius Tangau
Madius menyampaikan sumbangan kepada salah seorang MPKK.
Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bantuan bekalan makanan hanya diberikan kepada ahli parti-parti tertentu sahaja adalah tidak benar.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan berbaur fitnah.
"Saya sedar, banyak dakwaan ini berlegar-legar di media sosial, dan saya ingin tegaskan ini tidak tepat sama sekali.
"Kita tidak mempolitikkan bantuan-bantuan yang diberikan. Kita ikhlas dan memberi bantuan dengan penuh integriti khususnya kepada yang kurang berkemampuan dan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas di Mukim Nabalu, di sini, pada Isnin.
Menurut Madius, mereka yang diutamakan adalah golongan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan miskin tegar.
Tambah beliau, sekiranya ada sesiapa yang mempunyai bukti bahawa penyaluran bantuan cuma diberikan kepada ahli parti-parti tertentu diminta untuk memaklumkannya agar tindakan dapat diambil.
Sementara itu, Madius turut menyarankan agar penduduk kampung supaya melakukan penanaman sayuran di halaman rumah masing-masing sebagai persediaan menghadapi cabaran bekalan makanan di masa depan.
"Bagaimanapun, buat masa ini rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri memberi jaminan bekalan makanan terutama hasil pertanian mencukupi," katanya.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#Madius Tangau
#palsu
#perintah kawalan pergerakan
#Sabah
#Tamparuli
#Timbalan Ketua Menteri Sabah
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan