Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan di Terengganu dan Kelantan yang terjejas banjir mencukupi sekiranya banjir berlarutan sehingga sebulan.
Ketua Pengarah JKM Datuk Zulkiply Ramly berkata pihaknya telah melakukan persediaan awal dengan menyediakan bekalan makanan di pengkalan hadapan dan depo simpanan bekalan makanan yang telah ditetapkan sebelum ini.
"Alhamdulillah, walaupun banjir berlaku di dua-dua negeri ini, kerja-kerja penghantaran bekalan dan pengagihan makanan berjalan lancar.
"Kita mempunyai dua depo bekalan makanan yang besar di Marang, Terengganu dan di Kemumin di Kelantan dan bekalan makanan ini juga cukup untuk sebulan sekiranya banjir berlaku lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Kampung Getang di sini pda Isnin.
Zulkiply berkata pihaknya juga mengambil kira pengalaman berhadapan dengan banjir yang teruk dua tahun lepas di dua buah negeri itu sebagai persediaan menghadapi banjir tahun ini.
"Untuk mendapatkan bekalan makanan ini juga kita turut bekerjasama dengan tiga pasaraya besar untuk mendapatkan bekalan makanan segera.
"Di setiap negeri kita juga mempunyai pengkalan hadapan masing-masing dan mini depo di daerah-daerah," katanya.
Dalam pada itu, Zulkiply berkata satu pusat pemindahan berskala besar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Hulu Terengganu dikenalpasti dapat menampung jumlah mangsa banjir yang ramai di daerah ini.
"Pusat perpindahan ini boleh menempatkan hingga 2,000 mangsa banjir dan tiga pembekal tempatan boleh menghantar bekalan makanan ke depo dan pusat pemindahan ini jika diperlukan.
"Daerah ini paling ramai terjejas dan jika diperlukan penempatan ini juga boleh menjadi mini depo untuk bekalan makanan," kataya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
JKM memberi jaminan bekalan makanan di Terengganu dan Kelantan yang terjejas banjir mencukupi sekiranya banjir berlarutan sehingga sebulan. - Gambar hiasan
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Bekalan makanan untuk mangsa banjir di Terengganu, Kelantan cukup sebulan - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan di Terengganu dan Kelantan yang terjejas banjir mencukupi sekiranya banjir berlarutan sehingga sebulan.