awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan PPE di Sarawak mencukupi untuk tempoh sebulan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2020
12:03 MYT
Bekalan PPE di Sarawak mencukupi untuk tempoh sebulan
Datuk Amar Doughlas Uggah Embas akan memastikan kebajikan Sarawak dari pelbagai aspek diambil serius. -Gambar Arkib
Bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) di Sarawak adalah mencukupi buat tempoh sebulan bagi petugas kesihatan di negeri tersebut.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media harian JPBN di Kuching pada Selasa.
Menurutnya, bekalan kelengkapan perlindungan yang berjumlah RM6 juta itu telah diterima. Malah, akan diagihkan dalam tempoh terdekat.
“Setakat ini, bekalan tersebut mencukupi untuk sebulan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menempah sebanyak tujuh juta lagi dan masih belum diterima.
“Tempahan itu adalah merupakan tambahan kepada bekalan sedia ada. Sebab itu pagi tadi kita memaklumkan semua hospital supaya memberikan maklumat terkini kepada JPBN mengenai masalah yang dihadapi termasuk bekalan PPE,” katanya.
Tambah Uggah lagi, bantuan keperluan itu penting dalam menjaga keselamatan para petugas.
Sementara itu, dalam sidang media sama beliau turut ditanya berkenaan isu negara jiran, Brunei yang akan mengenakan bayaran sebanyak 1,000 dollar Brunei serta kuarantin 14 hari sekiranya ada orang luar memasuki negara tersebut.
Uggah menjelaskan pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat.
“Masuk ke Brunei untuk meneruskan perjalanan tidak ada masalah kerana kita cuma melintasi sempadan. Kami belum dimaklumkan buat masa ini
“Kami rasa, kerjasama dengan Brunei sangat erat. Kami bertukar maklumat dan bekerja keras bersama-sama dan kami tidak mahu memberikan kesulitan kepada kedua-dua pihak,” jelasnya.
Sebagai contoh, penduduk di Limbang dan Lawas perlu melintasi sempadan Brunei untuk pergi ke daerah Miri.
Ujar beliau, pihaknya optimis sebarang keputusan berkenaan kedua-dua pihak adalah demi kebaikan bersama.
Tegas Uggah, beliau tidak pasti sekiranya rakyat Sarawak yang akan ke Limbang atau Lawas juga perlu melakukan pembayaran tersebut.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Bantuan PPE
#Brunei
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JPBN
#Lawas
#Limbang
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan