Bekas Ahli Parlimen Sibuti meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Sibuti meninggal dunia
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Baluboh, Miri.
MIRI: Bekas Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Beliau yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.32 pagi di Institut Jantung Negara.

Menurut anaknya, Nazri Ahmad Lai, jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Miri pada jam 2.20 petang ini dan diuruskan di Masjid Kampung Luak.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Baluboh di sini.

Ahmad Lai mula menjadi Ahli Parlimen pada 2008 setelah menewaskan Dr Michael Teo Yu Keng daripada Parti Keadilan Rakyat di kerusi baharu Sibuti dengan majoriti 3,648 undi.

Beliau mengundurkan diri pada Pilihan Raya Umum 2018 atas masalah kesihatan, dan memberi laluan kepada anak didiknya, Lukanisman Awang Sauni untuk bertanding di kerusi tersebut.

Sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen, Ahmad Lai merupakan seorang usahawan dan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.


Tag: Datuk Ahmad Lai Bujang, Bekas Ahli Parlimen Sibuti, meninggal dunia, Sibuti, Institut Jantung Negara, Ahmad Lai meninggal dunia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.