Bekas deejay sebuah saluran radio tempatan, Gary Ashraf Ratnam Abdullah, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy ditemukan mati di kediamannya di sini hari ini.
Kata sumber itu, setakat ini jenazah masih ditempatkan di bilik mayat Hospital Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.
"Bedah siasat mungkin dilakukan pagi esok," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
Rakan Allahyarham yang juga deejay TraxxFM, Nigel Green ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, dia terkejut menerima berita kematian Gary.
"Kali terakhir saya berjumpa dengar dia kira-kira dua tahun lalu," katanya yang menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan peramah.
Allahyarham dikatakan memeluk Islam selepas berkahwin dengan pilihan hatinya.
Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi.
"Setiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya dan disahkan telah meninggal dunia," kata beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Jelasnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Gary sebelum ini popular dalam program Morning Zoo dengan panggilan 'Gary, the Scamboy' di Traxx FM bersama rakannya '1 Singh' yang diperkenalkan pada 2011.
Traxx.FM merupakan radio berbahasa Inggeris di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Shuhada Abdul Kadir, Umavathi Ramayah
Sat Jul 11 2020
Jenazah Allahyarham Gary Ashraf Ratnam Abdullah ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk proses bedah siasat. - Gambar Facebook Gary Ratnam
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
COVID-19: Thailand tingkat usaha elak gelombang jangkitan
Daripada jumlah itu 118 dianggap sebagai amat berisiko, 856 diklasifikasikan sebagai berisiko rendah, manakala 16 lagi di dalam siasatan.
Bekas deejay radio, Gary Ratnam ditemukan mati
Bekas deejay sebuah radio tempatan, Gary Ashraf Ratnam atau dikenali sebagai Scam Boy ditemukan mati di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.
DJ radio tempatan ditahan miliki pistol dan peluru hidup
Seorang DJ radio tempatan ditahan bagi membantu siasatan pemilikan sepucuk pistol yang ditemui di tempat duduk penumpang hadapan dalam kenderaannya.
"Saya takut, kenapa jadi begini?" - Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm
Malam ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.