awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Audit Negara terima anugerah dari CyberSecurity Malaysia

Bernama
Bernama
26/09/2019
21:01 MYT
Bekas Ketua Audit Negara terima anugerah dari CyberSecurity Malaysia
Pengerusi CyberSecurity Malaysia Tan Sri Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed (kanan) menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Tan Sri Dr Madinah Mohamad (tengah) pada Majlis Malam Gala dan Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2019, - Bernama
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah CyberSecurity Malaysia 2019, di sini, Khamis malam.
Anugerah itu disampaikan Pengerusi CyberSecurity Malaysia Tan Sri Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang Madinah kepada negara dan pembangunan sektor keselamatan siber tempatan.
Madinah ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa terharu dengan pengiktiraf itu selain bangga dengan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh sektor keselamatan siber negara, ketika ini.
"Melihat perubahan era digital ini, cyber security is the key bukan sahaja kepada aspek sosial media tetapi untuk melindungi perkara lain seperti aspek kerajaan dan kehidupan warga negara," katanya.
Beliau berkata, agensi itu perlu terus diperkasakan untuk memastikan ia sentiasa bersedia menangkis serangan siber terhadap negara.
Madinah menjadi antara pelopor kepada usaha melaksanakan Dasar Bioteknologi Kerajaan, Dasar IT dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara ketika berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kini dikenali Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) pada 2008 hingga 2013.
Pada 23 Feb 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Audit Negara bagi tempoh dua tahun pada 23 Feb 2017 dan menamatkan perkhidmatannya pada 22 Feb lepas.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nurini Kassim.
Acara kemuncak bagi Program Anugerah, Persidangan dan Pameran (CSM-ACE) CyberSecurity Malaysia 2019 yang dilancarkan pada Isnin lepas itu, turut menyaksikan seramai 16 individu dan syarikat menerima anugerah berdasarkan kejayaan, hasil inovasi dan kepimpinan industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anugerah cybersecurity malaysia
#Bekas Ketua Audit Negara
#CyberSecurity Malaysia
#dr madinah mohamad
#mohd azumi mohamed
#pencapaian sepanjang hayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan