Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilihat hadir ke Yayasan Kepimpinan Perdana bagi pertemuan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kereta beliau tiba sekitar jam 8.24am di pekarangan Yayasan sebelum dilihat memasuki bangunan.

Tiada pengesahan rasmi tentang apa yang dibincangkan namun spekulasi bertiup kencang bahawa Abu Kassim merupakan antara calon yang tersenarai pendek untuk mengisi kekosongan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Jawatan tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan pada awal minggu ini.