Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan antara 10 pemimpin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Perak hari ini.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini.
Lima daripada Exco yang dilantik adalah daripada DAP iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan; Wong May Ing (Pantai Remis); Yong Choo Kiong (Tronoh); Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi) dan Lee Chuan How (Pasir Pinji).
Sementara itu, selain Muhammad Nizar yang merupakan ADUN Sungai Rapat, dua lagi Exco yang mewakili Amanah adalah Asmuni Awi (Manjoi) dan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong).
Dua lagi Exco adalah dari PKR iaitu Tan Kar Hing (Simpang Pulai) dan Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau).
Bagaimanapun, portfolio semua Exco berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi DUN, namun berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat majoriti mudah 31 kerusi setelah dua ADUN Barisan Nasional (BN) menyokong PH.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, yang merupakan ADUN Chenderiang mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Perak ke-12 pada 12 Mei lepas.
Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menewaskan calon BN, Chong Shin Heng dan Nordin Hassan daripada PAS dengan majoriti 39 undi. -- Bernama
Bernama
Sat May 19 2018
Ahmad Faizal (tengah) bergambar bersama barisan anggota Exco Perak selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah hari ini. - BERNAMA
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.