Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang.
Permohonan bekas MB Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi tadi.
Melalui sistem parol, Mohamad Khir dibebaskan lebih awal oleh kerajaan dan dibenarkan menjalani aktiviti harian dengan pemantauan pihak penjara.
Beliau dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Keputusan itu dibuat pada akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mohamad khir, 46, dituduh mendapatkan diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, barangan berharga iaitu dua lot tanah serta sebuah rumah di Shah Alam daripada Syarikat Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga 3.5 juta ringgit, sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Astro Awani
Tue Mar 29 2016
Mohamad khir, 46, dituduh mendapatkan diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, barangan berharga iaitu dua lot tanah serta sebuah rumah di Shah Alam daripada Syarikat Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. - Gambar fail
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Bekas MB Selangor meninggal dunia
Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor ke-12 dan memimpin negeri pada tahun 1997 sehingga 2000.