awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2015
12:36 MYT
Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS
Zaidi (tengah) mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu dikatakan menegakkan Islam. - Gambar Fail
Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang dibuang dari Angkatan Tentera kerana melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dilaporkan akan menyertai PAS.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Zaidi berhasrat menyertai parti Islam itu sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.
"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa.
"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya seperti yang dipetik dalam The Malaysian Insider.
Beliau juga mengakui berminat dengan sekutu Pakatan Rakyat itu, kerana parti itu dikatakan menegakkan Islam.
Zaidi berkata demikian pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya pada Sabtu.
Pada 12 Januari lalu, Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13, Mei 2013.
Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Topic Berkaitan
#dakwat kekal
#mejar zaidi
#Pakatan Rakyat
#parti Islam
#PAS
#PRU13
#Zaidi Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan