Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada tuduhan menyalah guna kuasa berhubung lantikan jawatan anak lelakinya, lima tahun lalu.
Hakim S Indra Nehru membebaskan Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, 62, tanpa memanggilnya membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Indra berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mengambil kira semua keterangan saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
Zakaria, dituduh menggunakan jawatan sebagai Naib Canselor UPSI bagi mengarahkan Pendaftar UPSI Faizi Othman memasukkan nama anak lelakinya, Mohd Fauzi Zakaria untuk dipanggil temu duga pada 12 September 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik Pejabat Naib Cancelor UPSI di antara jam 9 pagi dan 12 tengah hari pada 24 Jun hingga 12 September 2014.
Dia didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan, Noor Hidayah Mohd Saad dan Mohd Khairul Fairuz Rahman.
Sepanjang prosiding kes, pihak pendakwaan telah memanggil 17 saksi memberi keterangan.
Pada 27 November 2018 lalu, Zakaria yang juga Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UPSI mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalah guna kuasa dengan melantik anak serta menantunya untuk dua jawatan di UPSI, pada 2014.
Bagaimanapun pada prosiding perbicaraan 20 Jun lalu, pihak pendakwaan telah meminda pertuduhan kepada satu pertuduhan sahaja.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 31 2019
Zakaria (tengah) bebas selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. -Astro AWANI
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Hukuman terhadap pesalah laku rasuah perlu dilihat semula - Akhbar Satar
Ada pesalah laku rasuah yang menerima hukuman lebih ringan daripada pesalah laku jenayah kecil.
Bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa
Hakim S Indra Nehru membebaskan Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, 62, tanpa memanggilnya membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.