awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah besar, timbalan pengarah Felda didakwa pecah amanah

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2017
07:37 MYT
Bekas pengarah besar, timbalan pengarah Felda didakwa pecah amanah
Bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Faizoull Ahmad diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto SPRM
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, Muhammad Sufi Mahbub didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM47.6 juta, tiga tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Allaudeen Ismail.
Tertuduh pertama Muhammad Sufi, berdepan dengan dua pertuduhan pecah amanah.
Dia didakwa meluluskan pembayaran RM25.9 juta dan RM21.6 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Felda pada 2014.
Sementara itu, Faizoull pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Sufi atas dua pertuduhan sama.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 27 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#bekas pengarah besar
#Faizoull Ahmad
#Felda
#Muhammad Sufi Mahbub
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan