awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Kerajaan arah percepat pembinaan pusat penempatan sementara
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela
Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2020
00:14 MYT
Bekas Pengarah Urusan MAS,  Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, malam tadi.
Allahyarham, 86 tahun, memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines sejak 1982 hingga 1992.
Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan di laman Facebook Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam).
Sementara itu, Bernama melaporkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser.
Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Anita Azrina, melalui catatan Facebook.
Beliau turut memaklumkan, bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam
"Doakan Allah redha, beri keampunan dan rahmati ayahanda Abd Aziz dan dipermudahkan segala urusan seluruh keluarga kita semua," katanya dalam catatan itu.
Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, di sini, pada pukul 9 pagi untuk disolatkan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Abdul Rahman
#Facebook
#kanser esofagus
#komplikasi kanser
#Malaysia Airlines
#meninggal dunia
#penerbangan Malaysia
#pengarah urusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan