Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bekas Pengerusi SPPP dibebaskan selepas tamat tempoh reman

Bekas Pengerusi SPPP dibebaskan selepas tamat tempoh reman
Bekas Pengerusi SPPP (berbaju jingga) keluar dari bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ditahan reman selama empat hari - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), yang dikenakan tahanan reman sejak Rabu lalu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman ke atasnya  tamat hari ini.

Difahamkan, dia yang juga bekas Timbalan Bendahari DAP itu dibebaskan tanpa syarat selepas menjalani reman selama empat hari.

Dia direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung projek terowong dasar laut.

Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berada di hadapan bangunan Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, bagi memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, di bangunan sama, turut kelihatan bekas EXCO Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng yang memasuki pejabat berkenaan dipercayai untuk memberi keterangan kes sama.

Semalam, tujuh pegawai SPRM turut mengambil keterangan  beberapa  pemimpin kerajaan Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy di Tingkat 52, Komtar, George Town.
Kehadiran pegawai SPRM itu dipercayai berkaitan  siasatan terbaharu projek terowong dasar laut di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion.


Tag: DAP, SPRM, Ketua Menteri, Exco, Islam, kerajaan, rasuah, siasatan, menteri, Malaysia, projek terowong bawah laut



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.