Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa rumah itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang.
Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.
"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.
"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama, di sini Sabtu.
Ali berkata proses bedah siasat ke atas mayat tersebut masih dijalankan di Hospital Sungai Buloh.
"Setakat ini kita tidak dapat mengesahkan identiti mayat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, jantina pun tidak dapat dipastikan," katanya sambil menambah bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada Jumaat, polis menemui satu mayat disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk.
Bernama
Sat May 30 2015
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk. - Gambar Hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Bunuh kekasih dengan topi keledar, nelayan berdepan tali gantung
Tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.
Tiada kesan kecederaan pada kanak-kanak lain
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.
Bayi 'diculik' dijumpai mati dalam peti sejuk pengasuh
Mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin itu disumbat dalam beg berwarna hijau.
Bayi lelaki ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak
Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Lelaki warga Nigeria maut terjatuh dari tingkat 13 kondominium
Ketika kejadian, polis melakukan serbuan ekoran laporan seorang wanita berusia 58 tahun yang kerugian sebanyak RM13,200 akibat kes penipuan 'parcel scam'.
Lima suspek sindiket penipuan parcel tumpas
Lima ditahan termasuk dua wanita dan salah seorang daripadanya warga Filipina kerana terlibat dalam sindiket penipuan parcel scam apabila kegiatan mereka dibongkar.
Polis nafi bawa parang ketika serbuan dadah di Selayang
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata tuduhan yang dibuat itu tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali sehingga boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti polis.
Mayat tiga lelaki terjatuh dalam tangki minyak ditemui
Mayat mangsa terakhir T. Baskaran, 49, ditemui pada 6.09 petang ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
Mayat lelaki dijumpai mati dibunuh di belakang kuil
Polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa berusia 39 tahun tanpa pakaian itu pada pukul 2 petang.
Dua beranak ditemui mati dalam sebuah rumah di Rawang
Dalam kejadian itu, wanita tempatan dan bayinya ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.