awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Setiausaha Kerja UMNO, BN Datuk Yaakob meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2016
04:35 MYT
Bekas Setiausaha Kerja UMNO, BN Datuk Yaakob meninggal dunia
Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula 1991 hingga September 2009. - Gambar fail
Bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad, 67, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini akibat komplikasi paru-paru, lapor Bernama.
Anak Allahyarham, Datuk Ahmad Fazley Yaakob yang juga penyanyi dan pakar motivasi berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 2.02 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan empat anak serta tujuh orang cucu.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini, selepas disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Sepanjang tempoh 1991 hingga 1997, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja BN, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar dan Ketua Biro Kebajikan dan Kemiskinan UMNO Alor Setar, selain menjawat jawatan Setiausaha Kerja UMNO bermula 1988.
Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula 1991 hingga September 2009 dan pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 2002.
Antara jawatan dalam perkhidmatan awam yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengarah Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, Fazley memuat naik status memaklumkan pemergian bapanya itu ke akaun Facebook dan Instagram miliknya.
Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj...
Posted by Fazley Yaakob on
Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini. Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. #AlFatihah
A photo posted by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Feb 7, 2016 at 10:47am PST
Dalam status itu, Fazley mengucapkan terima kasih kepada seluruh kerabat keluarganya dan rakan-taulan yang berada di sisi bapanya selamanya ini, selain meminta agar semua pihak mendoakan kesejahteraan rohnya bapanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bekas Setiausaha Kerja UMNO
#Datuk Yaakob Mohammad meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan