Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mendapat izin daripada Peguam Negara untuk menuduh bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

Sekitar pukul 2 petang Isnin, Nasharudin ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sejurus proses siasatan akhir selesai.

Beliau, bagaimanapun, dilepaskan dengan jaminan SPRM.