awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen: Kemasukan murid enam tahun tidak ubah struktur pendidikan - Fadhlina
Parlimen: Murid enam tahun bukan 'tikus makmal' - Fadhlina
Penyokong kecewa, pemain Man City bayar semula tiket di Bodo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas wartawan Johan Fernandez meninggal dunia

Razak Chik
Razak Chik
11/09/2019
12:29 MYT
Bekas wartawan Johan Fernandez meninggal dunia
Johan mula mula berkhidmat sebagai wartawan bersama New Straits Times sebelum berpindah ke akhbar The Star pada tahun 1989. - Sumber foto: Facebook/Johan Fernandez
BEKAS wartawan Johan Fernandez, 71 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas zohor pada Rabu, 11 September bersamaan 11 Muharam 1441 Hijrah.
Menurut isterinya Hanim Melan, Johan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur lebih kurang waktu subuh pagi Rabu semasa menerima rawatan sejak Isnin lalu.
Allahyarham meninggalkan isteri – Hanim yang merupakan,anak tokoh wartawan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayui Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah, empat anak serta tujuh cucu.
Johan mula mula berkhidmat sebagai wartawan bersama New Straits Times sebelum berpindah ke akhbar The Star pada tahun 1989.
Beliau pernah berperanan sebagai pengarang bahagian Metro, akhbar tersebut sebelum ditugaskan ke New York sebagai pengarang biro akhbar The Star di Amerika.
Setelah pulang ke Malaysia, Johan bertugas sebagai Timbalan Pengarang bagi bahagian lidah pengarang sehingga tamat kontrak pada tahun 2006.
Habis perkhidmatan Bersama The Star, beliau berkhidmat sebagai pengarang bersama the Malay Mail hingga tahun 2018.
Topic Berkaitan
#bekas wartawan
#Hanim Melan
#Hospital Kuala Lumpur
#Johan Fernandez
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan