Perlu diakui, bekerja dari rumah (WFH) bukan sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan.
Ya, haiwan peliharaan. Kedengarannya agak remeh tetapi melihat daripada perkongsian netizen, pencinta haiwan di laman sosial Facebook dan Twitter, satu persamaan yang boleh disimpulkan ialah, masing-masing 'bergelut' antara menyiapkan tugasan dan melayan kerenah kucing atau anjing peliharaan mereka.
Memasuki hari ke-24 pelaksanaan PKP, sudah tentu pemilik haiwan kesayangan ini mempunyai pelbagai pengalaman dan insiden melucukan malah kadang-kadang 'menguji kesabaran' mereka dengan haiwan peliharaan, terutama yang terpaksa bekerja dari rumah (WFH).
Bagi pereka hiasan dalaman, Intan Suhaiza Razak, 35, banyak perkara 'rahsia' yang dilakukan oleh kucingnya, 'terbongkar' sejak rutin hariannya berubah apabila perlu bekerja dari rumah bermula 18 Mac lepas.
"Baru kini saya kenal perangai tiga anak bulu peliharaan saya. Sebelum ini, tempoh masa saya luangkan dengan mereka hanya beberapa jam sehari. Ini dah sehari semalam, berhari-hari mengadap, satu persatu perangai mereka saya nampak sendiri.
"Paling mengejutkan, mereka mampu membuka pili air di sinki dapur dan akan bermain air di situ. Memang mengejutkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Turut berkongsi pengalaman, Amirul Iqbal Razali, 30, mengakui terlalu banyak 'dugaan' yang menguji kesabarannya sepanjang bekerja dari rumah gara-gara kucing peliharaannya.
"Saya ada tiga ekor dan semuanya seolah-olah mahu perhatian lebih daripada saya sejak saya bekerja dari rumah. Tiap kali saya mengadap komputer untuk melakukan kerja pejabat, mesti akan datang mengacau.
"Masa itulah ada yang nak duduk atas riba, ada nak ajak bermain dan paling 'pelik', minta makan sedangkan sebelum itu saya dah siapkan semuanya. Itu belum lagi tempat kerja saya, dibuat tempat tidur mereka," kata pegawai audit itu.
Bagi pengamal media, Muhamad Saufee Rosman pula, kucing peliharaannya yang dipanggil Ethan pula seolah seronok apabila beliau dan rakan serumah yang lain, 'terkurung' bersamanya sepanjang PKP ini.
"Manja Ethan macam luar biasa, mungkin sebab seronok kami ada di rumah memandangkan sebelum ini, asyik kena tinggal. Asyik nak 'menyendeng', tak kira masa," katanya.
Pun begitu, gelagat Ethan yang terlebih manja itu langsung tidak mengganggu malah keberadaan si comel berwarna oren dan putih itu berjaya mengurangkan tekanan saat terperuk seharian di dalam rumah.
"Kuranglah sikit rasa bosan. Walaupun ada ketikanya agak mengganggu semasa buat kerja, tapi lagi sunyi kalau dia tak ada," katanya.
Biarpun apa jua gelagat dan pengalaman yang ditempuhi bersama kucing peliharaan sepanjang PKP ini, pastinya pengesahan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang haiwan peliharaan bukanlah penyebar virus COVID-19, sesuatu yang melegakan.
"Memang bimbang juga masa awal-awal wabak ini berlaku tetapi selepas KKM beri pengesahan yang masyarakat tidak perlu bimbang dan pemilik pula tidak perlu membawa haiwan peliharaan mereka menjalani ujian pengesanan virus COVID-19 buat masa ini, ia sangat melegakan," kata Nurana Mukhriz, 28.
Bertugas dalam bidang teknologi maklumat, beliau menjelaskan tidak dapat membayangkan jika terpaksa berpisah dengan dua ekor kucing yang dipeliharanya sejak lima tahun lalu.
"Walaupun 'Adik' dan 'Che Yam' hanya kucing kampung, merekalah peneman saya yang tinggal seorang diri. Bercakap dengan Adik dan Che Yam, sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan kesunyian saya sepanjang PKP ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020
Amirul mengakui terlalu banyak 'dugaan' yang menguji kesabarannya sepanjang bekerja dari rumah gara-gara kucing peliharaannya. - Gambar hiasan
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.
Anjing baka 'Golden Retriever' sambut ulang tahun pertama sebagai 'Datuk Bandar'
Sejak 2012, tiga generasi anjing itu telah memegang jawatan Datuk Bandar Idyllwild, sebuah pekan pergunungan di California Selatan.
Ini anjing paling berpengaruh di media sosial, ada 25 juta pengikut & jana jutaan ringgit
Pada zaman media sosial, bukan hanya manusia yang boleh menerima gelaran influencer atau pempengaruh tetapi juga haiwan.
Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol
Coco terpaksa diberi ubat bius selama empat minggu untuk merawat gejala ketagihannya.
Pemilik anjing di Sarawak perlu dapatkan lesen
Pemilik anjing yang ingkar memohon lesen berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000.
Kadar lesen pelihara anjing kekal RM10 seekor - MPM
Keputusan itu dibuat selepas kajian semula dilakukan dan kadar lesen anjing dikekalkan seperti yang termaktub sebelum ini iaitu RM10 seekor.
Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran hotel
60 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di Hotel New County di Perth & Kinross, yang berlaku pada awal pagi.
Zeynep bakal diiktiraf anjing tertua dunia
Ketika ini proses penilaian terhadap Zeynep telah bermula dan anjing itu dalam proses pemeriksaan ketiga bagi menentukan umurnya.
Prosiding perceraian bertukar jenayah gara-gara anjing peliharaan
Konrad mendakwa berbuat demikian kerana haiwan tersebut menghidap kanser dan dalam kesakitan.
Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing dalam kebakaran
Sepuluh kucing dan seekor anjing berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kebakaran kedai haiwan peliharaan di Jalan Apas Batu 3, di sini, petang tadi.