Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Ketika membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan.

"Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019."

Beliau juga mengumumkan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang bakal manfaatkan 14,400 anggota bomba

Kerajaan juga mengumumkan bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia, serta kenaikan elaun RM2 sejam kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Kerajaan juga akan menaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.