awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020: Liputan berkelajuan tinggi komprehensif dalam masa lima tahun

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/10/2019
08:47 MYT
Belanjawan 2020: Liputan berkelajuan tinggi komprehensif dalam masa lima tahun
Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen pada Jumaat. Turut kelihatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan (NFCP), Malaysia akan menikmati liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif, serta jaringan digital yang berkualiti tinggi, termasuk kawasan luar bandar, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, pelan itu akan memerlukan dana sebanyak RM21.bilion melalui kerjasama awam swasta.
Beliau berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membiayai lebih separuh daripada pelaburan yang diperlukan dengan pelaburan oleh sektor swasta dalam bidang telekomunikasi melalui geran padanan.
“Sebagai sebahagian daripada NFCP, kerajaan akan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan pedalaman Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam agenda digital negara.
“SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit,” katanya.
Selain itu, Guan Eng berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian.
“Keutamaan akan diberikan kepada lokasi di negeri yang dapat memudahkan dan mempercepat pelaksanaan NFCP,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#Dewan Rakyat
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#senangkanyangsusah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan