awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020: Skim Pembiayaan Sewa Beli rumah akan diperkenalkan

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2019
10:11 MYT
Belanjawan 2020: Skim Pembiayaan Sewa Beli rumah akan diperkenalkan
Mereka yang tidak mampu membayar deposit beli rumah, kerajaan akan perkenalkan Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki pada 2020. - Gambar hiasan
Bagi mereka yang tidak mampu membayar deposit 10 peratus dan sukar mendapatkan akses pembiayaan pembelian rumah, kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (Rent To Own - RTO).
“Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion.
“Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat.
Guan Eng berkata, di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.
Topic Berkaitan
#10 peratus
#Belanjawan 2020
#deposit
#perumahan
#senangkanyangsusah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan