KUALA LUMPUR:Golongan berpendapatan sederhana (M40) tidak terkecuali menerima manfaat menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelbagai inisiatif disediakan kerajaan kepada golongan berkenaan meliputi dua kategori iaitu kumpulan yang hilang pekerjaan dan masih ada pekerjaan.
"Bagi kumpulan M40 yang hilang pekerjaan, pelbagai inisiatif disediakan termasuk faedah Sistem Insurans Pekerja (SIP) yang dilanjutkan sehingga sembilan bulan berbanding enam bulan sebelumnya.
"Selain itu, sebanyak RM1 bilion diperuntukan bagi Program Upskiling dan Reskiling yang dikhususnya kepada golongan ini dalam menyediakan latihan serta jaminan pekerjaan apabila tamat latihan yang diadakan bersama majikan.
"Pengecualian cukai turut diberikan sehingga lebih RM20,000 dan manfaat daripada program moratorium sama ada melanjutkan mahupun menstrukturkan semula bayaran pinjaman berikutan hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, bagi kategori hilang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata, kumpulan itu masih boleh mengeluarkan wang dalam Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Lestari sebanyak RM500 dalam tempoh 12 bulan.
"Selain itu, Skim Perlindungan Masyarakat (Mysalam), penurunan kadar cukai pendapatan sehingga satu peratus bagi mereka yang berpendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000 setahun.
"Penurunan kadar caruman dalam KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus turut diberikan kepada kumpulan ini dan hasil daripada usaha itu, ia akan merancakkan ekonomi sebanyak RM9.3 bilion," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Sat Nov 14 2020
Tengku Zafrul berkata, pelbagai inisiatif disediakan untuk kumpulan M40 membabitkan kumpulan hilang dan masih ada pekerjaan. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.