Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk memacu ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Fokus utama adalah untuk memacu sumber pertumbuhan baharu dan masa depan Malaysia, berikutan 2021 akan menjadi tahun untuk kita mempertahankan pertumbuhan yang kita harapkan dapat dicapai pada suku ketiga dan keempat tahun ini.
"Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi-agensi penarafan dan penganalisis mengunjurkan Malaysia untuk mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021. Jadi, belanjawan negara perlu dirangka untuk memenuhi dan melancarkan pertumbuhan ini, " katanya dalam program 'Money Matters' terbitan TV3 pada Sabtu.
Mengenai projek-projek Mega seperti Transit Aliran Ringan Laluan 3, Transit Aliran Massa 2, Laluan Rel Pantai Timur dan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), beliau berkata kerajaan bercadang meneruskan projek-projek itu berikutan potensi sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tengku Zafrul berkata negara perlu berbelanja dan melabur untuk merangsang ekonomi dan projek-projek mega ini akan menambah satu peratus kepada KDNK negara, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menokok sekurang-kurangnya tiga peratus kepada KDNK.
Beliau berkata defisit belanjawan akan meningkat kepada antara 5.8 peratus dan 6.0 peratus tahun ini berikutan langkah rangsangan yang diperkenalkan untuk memerangi cabaran akibat pandemik COVID-19.
"Sesuatu yang baik mengenai PRIHATIN dan PENJANA ini adalah langkah-langkahnya yang sementara dan hanya sekali beri. Suntikan fiskal kira-kira RM45 bilion tidak akan muncul kembali pada belanjawan tahun depan.
"Jadi, secara matematik, pinjaman kita akan berkurangan dan KDNK akan meningkat tahun depan. Apabila syarikat semakin baik, perolehan cukai kerajaan akan menjadi lebih baik dan diharap membantu kita untuk kembali kepada defisit belanjawan di bawah empat peratus.
Mengenai masa depan, Tengku Zafrul berkata beliau optimis bahawa Malaysia berada di landasan untuk mencapai pemulihan berbentuk V dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat sebelum PKP Pemulihan .
"Bank Dunia, IMF dan agensi-agensi penarafan turut memberikan isyarat Malaysia untuk melalui pemulihan berbentuk V. Bank Negara Malaysia menjangkakan pertumbuhan KDNK negara untuk tumbuh antara -2.0 hingga 0.5 peratus tahun ini.
"Tahun depan, konsensus adalah pada lima peratus pertumbuhan KDNK bagi Malaysia. Bagi saya, ia adalah isyarat positif bahawa ekonomi kita akan bertambah baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Tengku Zafrul optimis Malaysia berada di landasan untuk mencapai pemulihan berbentuk V dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.