Peruntukan RM100 juta yang dikhususkan untuk kaum India dalam Belanjawan 2019 amat bersesuaian serta akan difokuskan bagi menangani isu kemiskinan tegar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy.
Beliau berkata usaha meningkatkan taraf hidup kaum India adalah fokus penting bagi memastikan jurang sosioekonomi antara kaum dikecilkan agar kaum itu tidak tercicir dan akhirnya terpinggir.
"Kita akan jalankan pelbagai program yang spesifik dan tertumpu khusus kepada kaum India terutamanya yang dalam kategori miskin tegar.
"SEDIC (Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India) akan berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan tentang program berkesan yang boleh membantu menyelesaikan isu-isu terbabit," katanya dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di Putra Perdana, hari ini.
Waytha Moorthy mengulas Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam serta disifatkan sebagai bajet yang bertepatan dengan situasi kekangan kewangan negara.
Beliau berkata kerajaan juga akan menumpukan kepada usaha menangani masalah jenayah yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat India serta menyelesaikan isu berkaitan pendidikan.
Menurutnya walaupun masyarakat India adalah minoriti iaitu anggaran 7.5 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia, bilangan mereka yang terlibat dalam masalah jenayah amat tinggi dan perlu dibimbangi.
Hal ini, katanya, bersangkut paut dengan soal kemiskinan dan ketiadaan peluang pekerjaan yang baik serta kekurangan program pembangunan sosioekonomi dalam meningkatkan pendapatan mereka.
"Dalam masa terdekat ini kita juga mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan termasuk mengadakan lawatan ke penjara untuk mendekati para banduan kaum India.
"Kita akan kenal pasti banduan terbabit dan berhubung dengan mereka supaya apabila mereka keluar nanti mereka tidak terpinggir malah dibimbing agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan sekali gus berpeluang mendapat pekerjaan yang bagus," katanya.
Waytha Moorthy juga berkata sebanyak RM50 juta yang diberikan untuk keperluan pembangunan, menaik taraf dan menyenggara sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara akan dimanfaatkan sebaiknya.
Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan sekurang-kurangnya 30 buah SJKT yang daif atau terbengkalai menjelang pertengahan tahun depan.
"Bajet RM50 juta untuk sekolah-sekolah berkenaan memang bawah Kementerian Pendidikan tetapi dalam masa terdekat ini kita akan adakan perbincangan bersama tentang keperluan agar SJKT yang terlibat dapat dipulihkan serta disiapkan.
"Kita akan pastikan belanjawan yang diperuntukkan disalurkan secara betul bagi fokus pemerkasaan akademik kaum India di sekolah khususnya yang miskin tegar," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
Waytha Moorthy juga berkata sebanyak RM50 juta yang diberikan untuk keperluan pembangunan, menaik taraf dan menyenggara sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara akan dimanfaatkan sebaiknya. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.
Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.
RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.
MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.
Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.