Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon-belon helium yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan Kementerian Pendidikan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup, selepas dikatakan cuba direbut hadirin.
Sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa berumur antara empat dan 30-an cedera dalam insiden kira-kira 11.30 pagi itu yang antaranya adalah peserta dan pengunjung ke program kecergasan berkenaan.
Enam daripada mereka dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya, manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata belon-belon itu meletup dipercayai akibat cubaan seorang dewasa memotong tali pengikat belon itu bagi melepaskannya dengan menggunakan pemetik api, yang kemudiannya menyambar belon-belon helium berkenaan.
"Polis menjumpai pemetik api yang disyaki di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas program kecergasan itu telah selesai dan orang kenamaan juga telah meninggalkan majlis iaitu waktu untuk "berkemas-kemas".
Program kecergasan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sebelah pagi berjalan lancar, di mana pada program itu, Teo turut mengambil bahagian melakukan aktiviti kecergasan.
Rosly berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan berkata tiada mangsa yang kritikal.
"Mangsa mengalami luka terbakar tahap pertama dan tahap kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza ada yang di kening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut melawat mangsa berkata enam mangsa dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut setelah mengalami 'second-degree burn' serta kulit mengelupas, manakala 10 lagi dibenarkan pulang selepas diambil keterangan.
Menurut seorang mangsa yang cedera Sri Rahayu Sugiono, belon itu meletup ketika kanak-kanak berebut-rebut mahukan belon yang digunakan sebagai gimik perasmian program kecergasan itu, selepas majlis penyampaian hadiah berakhir.
"Saya tidak nampak sebarang percikan api. Selepas letupan berlaku kedengaran ramai kanak-kanak menangis dan menjerit," kata Sri Rahayu, 35, antara mangsa yang dibenarkan pulang selepas dirawat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergegas melawat mangsa di Hospital Putrajaya, sejurus selepas menghadiri satu program sempena Hari Kanak-kanak 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) Putrajaya berhampiran di mana beliau dimaklumkan mengenai insiden itu.
Dr Wan Azizah ketika ditemui di Hospital Putrajaya selepas melawat mangsa berkata ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma dengan kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.
"Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya," katanya.
Teo yang turut melawat mangsa di hospital berkata Kementerian Pendidikan akan mendapatkan laporan berhubung insiden itu namun keutamaannya sekarang adalah untuk mangsa kejadian mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019
Belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya meletup menyebabkan 16 orang termasuk kanak-kanak melecur. - Gambar hiasan
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur
Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup.
'Ejen' pakej umrah tipu 16 jemaah ditahan
Seorang wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan urusan pakej umrah membabitkan 16 mangsa.