Belum ada bukti secara klinikal terowong sanitasi berkesan untuk membasmi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata, pihaknya di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) kini sedang melakukan kajian bagi menguji keberkesanan alat itu.
"Setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan terowong sanitasi ini berkesan (untuk menyahkuman).
Kita sedang melakukan kajian, dan berharap kita akan dapat datanya nanti," katanya di sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beberapa pihak dilaporkan memasang terowong sanitasi di premis mereka sebagai langkah pencegahan menyahkuman bagi mengekang penularan COVID-19.
Terowong sanitasi mudah alih itu menggunakan kaedah semburan cecair berkabus menggunakan bahan sanitasi kuman yang disembur ke anggota badan individu yang melaluinya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengesan sebarang kes positif dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dan sedang dikuarantin di pusat kuarantin seluruh negara.
"Belum ada kes yang ada positif di hotel atau pusat kuarantin ini, tapi kita kena tunggu selama 14 hari untuk laksanakan ujian sebelum memastikannya," katanya.
Setakat ini terdapat 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di pusat kuarantin dan hotel yang diwartakan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 12 2020
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) kini sedang melakukan kajian bagi menguji keberkesanan alat itu. - BERNAMA
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir
Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang.
Belum ada bukti klinikal terowong sanitasi berkesan basmi virus COVID-19 - KP Kesihatan
Belum ada bukti secara klinikal terowong sanitasi berkesan untuk membasmi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.