awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19

Bernama
Bernama
22/02/2020
23:18 MYT
Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19
Dr Lee Boon Chye berkata, Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu. - Gambar fail/BERNAMA
Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 berbanding wanita mengikut pandangan pakar saintis dari luar negara, masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Katanya, Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu.
"Virus baharu ini kita semua sedang kaji secara 'characteristic', walaupun ada teori oleh pakar saintis tetapi kita perlu sedikit masa (kajian), sebelum kita boleh mengesahkannya.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 China sahkan 397 kes baharu, 109 kematian
"Memang kita lihat daripada segi statistik, lebih ramai lelaki yang terkena jangkitan berbanding wanita, tetapi mengapa jadi seperti itu, kita belum mengetahuinya lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada makan malam Sambutan Tahun Baharu Cina, anjuran Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Perak di sini, Sabtu malam.
Dr Lee mengulas laporan sebuah akhbar negara jiran, yang melaporkan kajian para saintis mendapati kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan lelaki adalah 2.8 peratus, berbanding wanita iaitu 1.7 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Lee Boon Chye
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#lelaki
#Timbalan Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan