Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Belum ada kenyataan rasmi dari Arab Saudi mengenai penangguhan ibadah haji tahun ini

Belum ada kenyataan rasmi dari Arab Saudi mengenai penangguhan ibadah haji tahun ini
Dr Zulkifli menyeru seluruh umat Islam agar tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkenaan perkara berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan penangguhan ibadah haji bagi tahun ini, ujar Menteri di Jabatan di Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Justeru beliau menyeru seluruh umat Islam agar tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkenaan perkara berkenaan.

Kenyataan itu susulan penjelasan dibuat Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

"Pada bulan lepas, Arab Saudi juga menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19. Bertitik tolak daripada hal tersebut, saya telah mengadakan pertemuan bersama Mahmoud Hussien Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia pada 7 April 2020.
"Turut hadir, Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai'an, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi; Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji dan  Ruslan Said,Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, pelaksanaan ibadah haji adalah antara perkara yang penting dalam merealisasikan Rukun Islam.
"Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini, turut memberi kesan kepada Arab Saudi yang menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

"Pada bulan lepas, Arab Saudi juga menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19," ujar beliau lagi.


Tag: Tabung Haji, Islam, umrah, Arab Saudi, Madinah, Perdana Menteri, Haji, menteri, koronavirus, Malaysia, COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.