awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan untuk Institusikan Muafakat Nasional - Tok Mat

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/12/2019
08:15 MYT
Belum ada keputusan untuk Institusikan Muafakat Nasional - Tok Mat
Keputusan sama ada untuk menginstitusikan Muafakat Nasional bergantung kepada Laporan Kajian Peringkat Jawatankuasa Teknikal UMNO dan Pas, kata Mohamad Hasan.
Keputusan sama ada untuk menginstitusikan Muafakat Nasional bergantung kepada Laporan Kajian Peringkat Jawatankuasa Teknikal UMNO dan Pas, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut beliau, ketika ini kedua-dua parti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan berkenaan.
Apa yang penting, katanya, cadangan menginstitusikan Muafakat Nasional perlu dinilai dari segi kebaikan dan keburukannya.
"Kita belum membuat apa-apa keputusan lagi berkenaan perkara tersebut. Sama ada nak diinstitusikan atau pun tidak,terpulang kepada laporan kajian peringkat jawatankuasa teknikal dua parti UMNO dan Pas.
"Kita akan bincangkan di peringkat jawatankuasa perunding untuk melihat baik dan tidak baik kita diinstitusikan sebagai satu parti atau katan yang longgar dan tidak mengikat mana-mana parti. Belum ada keputusan konkrit ketika ini," katanya semasa melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada Khamis.
Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar kepimpinan tertinggi parti segera menginstitusikan Muafakat Nasional bukan sahaja melibatkan UMNO-Pas tetapi juga rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN.
Katanya lagi, bagi Barisan Nasional, sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu dibincangkan secara konsensus dalam parti.
"Belum ada keputusan konkrit ketika ini. Kalau nak diinstitusikan macam mana, BN nak masuk sebagai satu parti , Gagasan Sejahtera sebagai satu parti ahli? Kalau BN nak jadi ahli kita kena berunding di peringkat parti kita kerana BN memerlukan konsensus. Semua mesti setuju. Jadi ini yang akan kita lihat," ujar beliau lagi.
Ketika ini katanya Muafakat Nasional UMNO dan Pas tidak terikat antara satu sama lain.
"Sekarang ini kita tidak ada ikatan apa-apa . Piagam hanya rangka kerja dan tidak mengikat mana-mana parti
"Kalau kita nak buat ikatan pembangkang baru kita kena bincang tetapi kalau ikut parti sama parti pun boleh, cuma kita belum putuskan. Saya tunggu laporan kajian," tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Barisan Nasional
#Mohamad Hasan
#PAS
#PAU2019
#Pemuda UMNO
#PWTC
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan