awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum terlambat selagi belum pakai baju jingga - KPN

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
24/05/2019
07:12 MYT
Belum terlambat selagi belum pakai baju jingga - KPN
ABDUL HAMID: Saya menyeru pegawai saya semua, sebelum terlambat, selagi kita belum pakai baju oren, itu belum terlambat. -Gambar fail
Mana-mana anggota polis yang terpengaruh dengan perkara tidak baik disifatkan masih belum terlambat dan berpatah balik ke pangkal jalan jika belum memakai baju jingga.
Sambil merujuk kepada warna baju tahanan lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan pegawainya agar kembali setia kepada khidmat semasa mula-mula menyertai pasukan itu dahulu.
"Saya menyeru pegawai saya semua, sebelum terlambat, selagi kita belum pakai baju oren (jingga), itu belum terlambat.
"Kita patah balik, kita hayati balik sumpah kita masa latihan dulu, kita ikrar tegakkan undang-undang dan separuh jalan kita terpalit perkara yang tidak baik," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Kempen Op Selamat 15/2019 di sini, pada Jumaat.
Tegasnya, seandainya angka 500 anggota yang dikatakan tidak baik, masih ada lagi 125,000 anggota dan pegawai yang baik dan berintegriti yang harus dijadikan contoh dalam pasukan.
Terdahulu, Abdul Hamid mengulas mengenai tindakan Penguatkuasa Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Thailand Kelantan yang menangkap pengguna yang cuba melepaskan diri dengan cuba memberi suapan wang.
Jelasnya, isu itu sudah dimaklumkannya semasa lawatannya baru-baru ini di negeri itu.
Beliau turut berjanji akan memberikan ganjaran kepada mana-mana anggotanya yang menunjukkan integriti semasa bertugas.
Topic Berkaitan
#baju jingga
#baju lokap
#belum terlambat
#GERAKAN
#Hamid Bador
#integriti
#KPN
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan